jatuh ni sebenarnya tak sinonim langsung dengan gaya aku. dalam 20 tahun 6 bulan 5 hari aku hidup, peratusan aku mengalami situasi yang berkaitan dengan 'jatuh' ini hanya 10.8% sahaja. ini anggaran bukan kiraan terakhir. 'jatuh' yang aku maksudkan ini sebenarnya umum. umum bermaksud benda ini meluas, mengikut gaya pemikiran masing-masing. 'kejatuhan' yang aku alami ini tidaklah membawa kepada kematian mahupun kecacatan, tapi sedikit menganggu masa depan dan banyak kesan kepada hidup seharian aku. pendek cerita, 'jatuh' ni macam aku punya kenangan pahit lah.
'kejatuhan' pertama aku, kantoi tak puasa oleh ustazah sekolah rendah. aku ditangkap masa sedang asyik menjamah nasi lemak yang aku curi-curi beli melalui seorang 'pusher' (dia non-muslim). pusher ini bukan menjual dadah mahupun pil-pil khayal seperti yang korang kenal. pusher ni cuma muncul waktu bulan Ramadhan dan beroperasi membantu yang memerlukan. nasib baik dia sporting tak bagitahu mak dan arwah ayah. kalau kantoi dengan diorang ni memang aku trauma bila dengar pasal puasa. hahaha
'kejatuhan' kedua, pemergian arwah ayah. 4 tahun sudah dan suara ayah seolah-olah masih kedengaran di rumah ni. 'kejatuhan' aku yang paling teruk, melibatkan moral, fizikal dan juga mental aku. kejadian begini membuatkan aku hilang punca, sebab arwah ayah adalah idola dan contoh untuk aku berjaya. sehingga sekarang aku takkan lupakan saat dimana aku mendapat panggilan telefon dari pakcik aku (yang juga telah meninggal) dan dia menyatakan yang arwah dah tiada. air mata tak payah cerita, boleh isi kolam renang bak kata aku sendiri. tapi ini takdir Allah. Allah lebih sayangkan ayah.
'kejatuhan ketiga' dan yang paling bangsat bagi aku, putus cinta BAHAHAHAHA! aku tak suka bercakap pasal cinta muah muah i love you apa haram semua ni tapi nak taknak kena juga sebab termasuk dalam 10.8% yang aku cakap tadi (ya, aku suka mengklasifikasikan sesuatu menggunakan peratusan, sebab lebih 'cool' (LAME)). okay, setelah 2 tahun 5 bulan lebih couple dengan dia, akhirnya tiba juga hari tersebut. sebab 'break' sampai sekarang aku keliru kenapa. aku tak tahu langsung mengapa budak tu memilih untuk tidak bersama lagi (word : break). tapi cerita dah lepas. cuma yang bangsat sangat bagi aku ialah dia ajak aku 'break' waktu habis 'final exam' aku. baru nak berseronok, berfoya-foya apa semua, nah ambik kau, dia ajak putus pulak. tapi time tu aku basi lagi, masih Part 1 lagi. masih ramai awek lagi yang aku boleh petik punya.
ada lagi 'kejatuhan' yang melanda aku. jatuh tangga, jatuh basikal, jatuh dari atas moto, jatuh ditimpa tangga aluminium dan segala jatuh-kejatuhan yang boleh membuatkan diri lebam, sakit, seluar koyak dan lain-lain. itu tak perlu lah aku nak cerita sebab korang mesti pernah merasa kan? kalau tak pernah hidup korang memang tak 'sejuk'.
p/s : sebut pasal jatuh, lupa lak yang result final exam aku pun jatuh sekali. haha. masih dalam d-list (bukan berlagak tapi bangga) cuma satu subjek ni memang bikin hati aku panas membara, Entrepreneurship. bangang punya subjek boleh lak dapat B-. kalau tak sebab subject ni memang boleh dapat 4-flat yaww. haha tapi aku tetap bersyukur :D