Tuesday, November 8

Salam Aidiladha

ya aku tahu, aku terlambat 2 hari. tapi apa ada hal, kitorang kat sini still beraya lagi. haha. kitorang kat Debak, tak kira antara 2 perayaan samada Aidilfitri or Aidiladha, kitorang beraya besar-besaran selama 3 hari. so sekarang still feeling raya lah. haha

tak ada apa nak diceritakan pasal raya ini aku biasa-biasa je. aku beraya jugak tapi tak lah enjoy sakan sangat. tapi bagi aku raya kali ni hampeh sebab first day raya kampung kitorang blackout. dari petang sampai pukul 1.30 pagi. perghh. memang agak gelap raya kali ini. then raya kedua macam biasa, layan tetamu semua. raya ketiga, iaitu hari ni, orang lain sibuk membedal makanan kat kampung lain aku pulak layan movie kat rumah. cukup la 2 hari semalam aku dah banyak makan. takkan nak aku jadi obese lak. apa kejadahnya?

yang paling sedih raya ni aku tak ada ambik gambar langsung. DSLR menyepi je kat rumah. tak apa sayang, next time okay?

so itulah kisah Raya Qurban saya :)

Salam Aidiladha buat semua Bloggers, pembaca senyap dan juga yang tak pernah membaca blog saya. Sekian :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...